Kacip Fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari keluarga Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu.Ia biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan hujan tropika.Ia membiak melalui dua cara iaitu biji benih dan keratan akar.
Kacip Fatimah mengandungi banyak khasiat untuk wanita.Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi dan dapat mencergaskan kembali setelah bersalin.Selain itu,ia juga berfungsi untuk mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Bagi yng mengalami masalah senggugut,kacip fatimah adalah salah satu ubat bagi melancarkan kitaran dan kelancaran haid dan mengurangkan senggugut.Ia juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit buasir,cirit-birit,sakit sendi,gonorhea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan