Khamis, 24 Mei 2012

sungai nil



Sungai Nil di Mesir
Sungai Nil  ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia.Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru danSungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Puith adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di RwandaSelatan dan mengalir ke utara merentasiTanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.
Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasigurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnyabergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

piramid

Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untukRaja Zoser (2650 SM).
Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki.
Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)
Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. 
Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.



ustaz azhar idrus





Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.
Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.




































Selasa, 22 Mei 2012

khasiat kelapa

khasiat air kelapabanyak khasiat yg terkandung dalam kelapa ni?nak tahu...baca sampai habis,:
1-menambah keserian wajah,simpan satu cawan air kelapa selama satu malam.Selepas itu,sapukan kepada seluruh wajah dan biarkan selama 1 jam sebelum dibilas dgn air.
2-elakkan kedutan,amalan membasuh muka dgn air kelapa setiap hari boleh mengelakkan kedutan di wajah.
3-hilangkan jerawat,ambil satu cawan air kelapa dan campurkan sedikit kunyit hidup yg diparut dan biarkan semalaman.esoknya tambahkan sedikit kayu cendana dan simpan selama 3 hari pulak.Kemudian sapukan sedikit pada jerawat 2 kali sendiri.
4-cegah uban,campurkan sedikit air kelapa dgn satu sudu garam.Selepas cuci rambut sapukan air kelapa yg bercampur garam pada rambut.Setelah itu barulah dibilas dengan air.
5- cantikkan tapak kaki,ambilkan segnggam beras dan rendam dalam air kelapa selama 7 jam.Sapukan pd tapak kaki yg kasar..



menghilangkan jerawat

antara petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat:

1-Rendam sehelai daun sirih ke dalam segelas air panas atau didlm bekas yg sesuai.Tunggu hingga sejuk dan daun layu.Selawat atas Nabi tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut.Selepas itu jgn dilapkan,keringkan sendiri..
2-Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup.Tumbuk kunyit hidup dan campurkan dengan sedikit air asam jawa sehinnga sebati.Sapukan rata keseluruh muka,biarkan 20 minit.Jika diamalkan muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan kulit muka menjadi halus.
3-Sediakan campuran bedak sejuk,garam dan air asam jawa.Selawat atas Nabi 3 kali,sapukan diatas tempat jerawat.
4-Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.tempek pada seluruh muka setiap malam.Biarkan kering,kemudian bilas dengan air suam.

jenis kucing





kucing biasa yg dibela..
Kebanyakan kucing yang tinggal di rumah bukanlah dari baka pedigree.Kucing biasa bermaksud kucing yang tidak berdaftar, sama seperti ibubapanya dan dalam kebanyakan situasi, berasal dari keturunan campuran.

Kucing ini juga dikenali sebagai mix breeddomestic shorthair (DSH) atau domestic longhair (DLH). Atau nama yang lebih glamer di sini adalah kucing biasa, atau kucing kampung. Jadi, jika kita mempunyai kucing yang kelihatan seperti kucing Parsi, tetapi tidak ada sijil, maka ianya dipanggil DLH.

kucing pedigree..
Kucing pedigree membawa maksud ianya dari keturunan atau baka yang mempunyai rekod, atau salasilah yang jelas. Misalnya kucing Siam, Bali,Parsi, Bengal, Maine Coon dan Norwegian Forest Cat.
 Kucing pedigree, termasuk kucing Parsi original, mempunyai sijil dari CFA atau TICA yang mengesahkan bahawa dirinya adalah dari baka kucing Parsi.Memiliki bentuk muka besar dan ke dalam, berbulu tebal panjang tidak beerti kucing itu adalah kucing Parsi, yang mengesahkannya adalah sijil dan hanya boleh diperolehi dari breeder yang bertauliah sahaja.elakkan diri anda ditipu pula apabila membeli kucing biasa dengan harga RM3,000 kerana menyangka ia adalah Parsi.
 Norwegian Forest Cat...
Norwegian Forest Cat merupakan breed yang berasal dari Utara Eropah dan dapat hidup dalam kawasan beriklim sejuk. Di Norway mereka dikenali sebagai Skogkatter atau Norsk Skogkatter yang mana terjemahannya adalah Norwegian Forest Cat.Breed ini adalah antara yang tertua dan muncul secara semulajadi sebagai satu penyesuaian diri oleh kucing di negara yang beriklim sejuk. Ia hanya dianggap sebagai kucing biasa sehinggalah tahun 1930-an apabila mereka muncul di pameran kucing di German.Norwegian Forest Cat mempunyai double-layered coat yang tebal, telinga berjumbai dan ekor mengerbang yang panjang untuk melindungi diri mereka dari cuaca sejuk. Bulu mereka adalah kalis air disebabkan outer layer yang kasar dan underlay yang tebal serta padat. Mereka adalah kucing yang besar di mana kucing jantan mempunyai berat antara 6 – 10 kg manakala kucing betina hampir separuh daripadanya.
NFC merupakan kucing double coat,semi long-haired dengan bulu yang kalis air untuk membantu menghangatkan badan dalam suasana sejuk di Norway. Mereka juga mempunyai bulu berjumbai pada jari kaki untuk melindungi kaki daripada kesejukan. Tulang mereka adalah kukuh dengan bahagian kepala berbentuk segitiga. Mata berbentuk almond dan bersudut pada tapak telinga. Secara keseluruhannya, NFC sememangnya mempunyai penampilan yang kacak dan segak.Mereka suka menjadi boss dan akan mendominasi rumah.
Maine Coon..
Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus.

Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.

Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya.
Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solidtabbybicolor,tortoiseshellstabby-tortoise,smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warnabrown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.


Bengal
Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah. 
Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.
Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spottedbrown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalahbrown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.
Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.
Parsi...
Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan breed yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali.
Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi. Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglafik terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidak tentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka.
Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai eksperisi muka yang manis dan bulat.Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat. Disokong oleh kaki yang pendek dan tebal. Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi.Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu diantara kaki hadapan.
Bali..
Kucing Bali mempunyai badan yang panjang dan lampai, corak garis yang menirus dan arus bulu yang panjang dan megah. Susuk badannya mudah lentur namun cukup kukuh.Baka kucing Bali dipercayai berasal secara spontan hasil dari mutasi kucing Siam yang berbulu panjang. Kerana itu dikatakan kucing ini adalah versi kucing Siam berbulu panjang, dan disebabkan itu kucing Bali kelihatan mempunyai garis yang lebih lembut dan kurang ekstrim berbanding kucing Siam atau kucing-kucing yang lain. Hanya pada 1940-an versi kucing Siam berbulu panjang ini diangkat sebagai breed.
 Kucing Bali mempunyai lapisan tunggal bulu yang halus, selembut sutera yang rapat dengan kulit dimana rerambutnya berukuran antara setengah hingga 2 inci. Lapisan tunggal bulu ini membuatkan penjagaan kebersihannya mudah dan tidak muda berserabut seperti kucing-kucing lain yang mempunyai dwi lapisan (double coat) . Antara ciri mengagumkan baka ini adalah ekor yang panjang dan cantik.
Terdapat juga versi kucing Bali yang bebulu pendek dikenali sebagai Varians. Ini terhasil dari pengawanan antara kucing Bali dan Siam. Varians mempunyai lapisan bulu yang pendek dan lembut.
Bali, sepertimana Siam datang dengan beberapa color point seperti biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Point lain adalah seperti krim dan merah. Mata mereka tampak besar, dalam, jelas dan bersinar-sinar seakan nilam biru.







 Siam..
Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru danpointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah.
Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.
Kucing Siam bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping dan tampan disusuli dengan susuk dan leher yang panjang dan ekor panjang berbentuk baji. Color point yang utama adalah biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Variasi keputih-putihan adalah variasi yang paling dikenali. Variasi ini mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan segmen hitam yang ekstrim. Variasi coklat adalah yang kedua popular dengan warna krim putih pada tubuh dan coklat susu pada segmennya. Kemudiannya adalah variasi biru dengan tubuh putih kebiruan dengan segmen kelabu kebiruan. Yang terakhir adalah variasi ungu muda iaitu tubuh putih dan segmen merah jambu kekelabuan.
Kucing Siam adalah kucing yang mempunyai mata yang mempesonakan dikalangan kucing lain. Matanya berbentuk almond, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan ekspresi bijak, emosi dan bersikap ingin tahu. Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.












Isnin, 23 Januari 2012

Bisa disengat

Sekiranya disengat sesuatu yang berbisa ambil 3 sudu besar serbuk kopi letakkan ke dalam mangkuk kemudian tuangkan air yang sedang mendidih ke dalamnya lalu diwapkan pada bahagian yang terkena sengat.InsyaAllah dalam beberapa saat akan hilang rasa sakit.

disengat lebah
segera ambil bunga melati dan ramas lalu gosokkan pada bahagian yang disengat

menghilangkan bisa kala jengking
Ambil lada yang telah ditumbuk halus campurkan dengan minyak kelapa dan tampalkan pada tempat yang disengat kemudian balutkan.Selepas 15 minit akan hilang bisanya.

disengat lebah atau tebuan
asahkan mata pisau menggunakan air pada batu asah,ambil sisa air asah dan sapukan pada bahagian disengat.

terkena bisa ulat gatal
Sapukan segera minyak tanah pada bahagian tersebut

menghilangkan bisa sengat lipan
Tumbuk biji asam jawa sehingga halus ,letakkan sedikit air kemudian tampalkan pada bahagian sakit.

terkena sengat kala jengking ataupun sebagainya
Campurkan air dengan sedikit garam,rendamkan bahagian yang disengat kemudian bacalah;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Nas