Khamis, 24 Mei 2012

sungai nil



Sungai Nil di Mesir
Sungai Nil  ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia.Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru danSungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Puith adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di RwandaSelatan dan mengalir ke utara merentasiTanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.
Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasigurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnyabergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan