kucing biasa yg dibela..
Kebanyakan kucing yang tinggal di rumah bukanlah dari baka pedigree.Kucing biasa bermaksud kucing yang tidak berdaftar, sama seperti ibubapanya dan dalam kebanyakan situasi, berasal dari keturunan campuran.
Kucing ini juga dikenali sebagai mix breed, domestic shorthair (DSH) atau domestic longhair (DLH). Atau nama yang lebih glamer di sini adalah kucing biasa, atau kucing kampung. Jadi, jika kita mempunyai kucing yang kelihatan seperti kucing Parsi, tetapi tidak ada sijil, maka ianya dipanggil DLH.
kucing pedigree..
Kucing pedigree membawa maksud ianya dari keturunan atau baka yang mempunyai rekod, atau salasilah yang jelas. Misalnya kucing Siam, Bali,Parsi, Bengal, Maine Coon dan Norwegian Forest Cat.
Kucing pedigree, termasuk kucing Parsi original, mempunyai sijil dari CFA atau TICA yang mengesahkan bahawa dirinya adalah dari baka kucing Parsi.Memiliki bentuk muka besar dan ke dalam, berbulu tebal panjang tidak beerti kucing itu adalah kucing Parsi, yang mengesahkannya adalah sijil dan hanya boleh diperolehi dari breeder yang bertauliah sahaja.elakkan diri anda ditipu pula apabila membeli kucing biasa dengan harga RM3,000 kerana menyangka ia adalah Parsi.
Norwegian Forest Cat...


Maine Coon..
Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus.
Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.
Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya.
Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor,tortoiseshells, tabby-tortoise,smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warnabrown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.
Bengal
Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.
Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.

Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.
Parsi...

Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi. Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglafik terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidak tentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka.

Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai eksperisi muka yang manis dan bulat.Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat. Disokong oleh kaki yang pendek dan tebal. Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi.Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu diantara kaki hadapan.
Bali..
Kucing Bali mempunyai badan yang panjang dan lampai, corak garis yang menirus dan arus bulu yang panjang dan megah. Susuk badannya mudah lentur namun cukup kukuh.Baka kucing Bali dipercayai berasal secara spontan hasil dari mutasi kucing Siam yang berbulu panjang. Kerana itu dikatakan kucing ini adalah versi kucing Siam berbulu panjang, dan disebabkan itu kucing Bali kelihatan mempunyai garis yang lebih lembut dan kurang ekstrim berbanding kucing Siam atau kucing-kucing yang lain. Hanya pada 1940-an versi kucing Siam berbulu panjang ini diangkat sebagai breed.

Terdapat juga versi kucing Bali yang bebulu pendek dikenali sebagai Varians. Ini terhasil dari pengawanan antara kucing Bali dan Siam. Varians mempunyai lapisan bulu yang pendek dan lembut.


Siam..
Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru danpointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah.
Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.
Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.


Kucing Siam adalah kucing yang mempunyai mata yang mempesonakan dikalangan kucing lain. Matanya berbentuk almond, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan ekspresi bijak, emosi dan bersikap ingin tahu. Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan