disengat lebah
segera ambil bunga melati dan ramas lalu gosokkan pada bahagian yang disengat
menghilangkan bisa kala jengking
Ambil lada yang telah ditumbuk halus campurkan dengan minyak kelapa dan tampalkan pada tempat yang disengat kemudian balutkan.Selepas 15 minit akan hilang bisanya.
disengat lebah atau tebuan
asahkan mata pisau menggunakan air pada batu asah,ambil sisa air asah dan sapukan pada bahagian disengat.
terkena bisa ulat gatal
Sapukan segera minyak tanah pada bahagian tersebut
menghilangkan bisa sengat lipan
Tumbuk biji asam jawa sehingga halus ,letakkan sedikit air kemudian tampalkan pada bahagian sakit.
terkena sengat kala jengking ataupun sebagainya
Campurkan air dengan sedikit garam,rendamkan bahagian yang disengat kemudian bacalah;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Nas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan