Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan kerja sistem pencernaan anda.Ia juga dapat mencegah daripada mengambil jumlah makanan yang banyak.Secara tidak langsung,anda dapat mengurangkan berat badan dan berdiet ringan dengannya.Kekerapan mengunyah ini akan merangsang isyarat rasa kenyang kerana saraf pusat otak membuatkan anda akan terus rasa kekenyangan.
2. kuruskan badan dengan buah pinang
Buah pinang dihiris nipis dan jemur hingga kering.Tumbuk lumat menjadi serbuk.Rendamkan semalaman setengah sudu teh ke dalam air panas dan minum keesokkan harinya dan petang bersama hampasnya.Selama 2 minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.
3. kurangkan kadar kolestrol dengan lemon
Perah sedikit lemon dan campurkan secamca teh minyak zaitun.Amalkannya dengan minum dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi.Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghalang pembentukkan selulit.
4. serai/halia untuk badan ringan dan bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia yang dititik,kulit kayu manis dan lada hitam.Jika diamalkan meminum air rebusan ini pagi dan malam,badan akan menjadi ringan dan bertenaga.Selain itu,untuk meningkatkan tenaga wanita ,amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
5. kempiskan perut dengan limau nipis
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.Sebatikan lalu sapukan pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan bersalin,Jika tidak mahu bengkung,lumurkan saja atau sapu pada perut,amalkan setiap malam.
6. delima untuk melangsingkan badan
tumbuk lima biji buah delima yang masih muda hingga lumat.Campurkan bahan dengan air suam dan sedikit garam.Kemudian tapis bancuhan hingga mendapat kira-kira satu gelas.Minum campuran ini sekali sehari pada waktu pagi.Lakukan setiap pagi sehingga seminggu.
7. Langsing dengan minyak kelapa
Bruce Fife seorang naturopatik,dalam bukunya 'Eat Look Thini' telah meyakinkan bahawa penggunaan minyak kelapa dapat menyekat nafsu makan,meningkatkan metabolisme dan menurunkan berat badan.Alasannya,minyak kelapa mempunyai rantaian kimia yang lebih pendek berbanding rantaian kimia lemak haiwan dan sayur,sehingga ia mudah diurai.
Menurut Fife,pengambilan minyak kelapa memang akan menghasilkan lemak dan kalori tetapi oleh kerana kadar metabolisme anda meningkat akhirnya kalori yang dihasilkan tadi terbakar.Bukan disimpan sebagai lemak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan