
Segi Tiga Muda juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan.Ia terletak di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat malapetaka semulajadi.Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan para-normal ,penggantungan hukum fizik atau aktiviti makhluk asing oleh budaya popular.Sungguhpun ada dokumen-dokumen yang menunjukkan kebanyakkankejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah,kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol.Kebanyakan kehilangan kekal tidak dapat dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam telah dilakukan mengenainya.Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku di Segi Tiga Bermuda.Antaranya adalah Flight 19,penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang didapati hilang pada 5 Disember 1945 di atas perairan Lautan Atlantik.Penerbangan ini telah menempuh fenomena luarbiasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal.Punca kemalangan ini masih belum dapat diketahui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan