Jumaat, 20 Januari 2012

sihat dengan rempah ratus



KAYU MANIS 
kelebihan:ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos danmencegah daripada kandungan gula berlebihan di dalam darah.
penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi ,teh,sup,atau bijiran.Ambil satu sudu setiap hari.
bonus : Elak kesejukkan : pengambilan kayu manis dalam pemakananboleh melancarkan peredaran darah dan mengurangkan masalah suhu rendah dalam bacaan.

JINTAN
Kelebihan : kajian di Jerman mendapati bahawa minyak dari jintan mengandungi carminative (gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut.
penyediaan : Masukkan satu sudu serbuk jintan kedalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan(dypepsia),campurkan jintan dengan minyak peppermint dalam penyediaan.
bonus : meredakan batuk-dapat meredakan sakit kerongkong terutamanya batuk.Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit.Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

JINTAN PUTIH
kelebihan : menurut  kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80% bakteria atau fungus di dalam makanan serta mematikan kuman.
penyediaan : Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti atau dalam hidangan Mexico atau India.
bonus : mengelakkan strok - kajian daripada pelajar Universiti of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah,sekaligus telah memberii peluang pada pengamalnya daripada risiko kena strok.

LADA HITAM
kelebihan : pengkaji herba berkata, lada hitam boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Lada hitam juga metabolik
penyediaan : taburkan serbuk lada hitam ke dalam hidangan samada steak,ataupun salad.
bonus : menyerap lebih nutrien - piperine iaitu komponen aktif di dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus.Oleh itu,pengambilan lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat.

CENGKIH 
kelebihan : kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah ratus mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichiacoli Infection (E.Coli) di dalam daging.
penyediaan : Gaul 1 sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan lebih menyihatkan.
bonus : melindungi gigi dan gusi - Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 dan 2 sudu cengkih ke dalam secawan teh pekat dan minum.

SERBUK LADA MERAH
kelebihan : capsaicin  iaitu bahan aktif di dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 25%.
penyediaan : untuk membakar lemak,campur sesudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
bonus : melegakan sakit otot - 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam masa dua bulan.

HALIA 
Kelebihan : gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang.
penyediaan : sediakan satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia.atau 2 sudu halia kering dijadikan sebagai campuran dalam pai,roti atau kek.
bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula di dalam darah.Halia juga berperanan membuang angin yang berkumpul di dalam tubuh.

KUNYIT 
Kelebihan : cucurmin yang didapati di dalam kunyit untuk meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet kaya dengan bahan cucurmin boleh mengurangkan pertumbuhan beta-amyloid  yang menghalang komunikasi antara sel otak.
penyediaan : tingkat daya ingatan dengan mencampurkan 1 sudu kunyit ke dalam sayuran atau sebagai perisa masakan yang sesuai.Cuba dapatka satu sudu sehari.
bonus : kandungan cucurmin yang bersifat antioksida dan anti radang juga bertindak balas melawan dikal bebas yang merosakkan kulit.Mencampurkan 2 sudu kunyit serbuk,1 sudu jus limau, dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan