#Nama sebenar Ibnu Sina adalah Abu Ali Al-Hassan Ibn Abdallah Ibn Sina@ Avicenna di dunia barat.Beliau merupakan seorang pakar sains di Iran yang hidup sekitar 980-1037 M.Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.
#Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai doktor atau mahaguru ilmu tersebut serta mendapat gelaran Al-Syeikh Al-Rais(Mahaguru pertama).Ibnu Sina terkenal selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain.
#Sumbangan Ibnu Sina sangat besar antaranya penghasilan buku Al-Qanun Fi Al-Tibb tahun 1593 yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu percepts of medicine.Belum sampai 100 tahun,buku tersebut telah diterjemahkan kepada 15 bahasa.Pada abad ke-17,buku-buku tersebut dijadikan rujukan universiti di Itali dan Perancis.
#Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul remedies for the heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan .Beliau telah menulis di dalam buku tersebut tentang 760 jenis penyakit dan cara-cara menyembuhkannya.Kepakaran Ibnu Sina tidak tertumpu kepada perubatanb semata-mata tetapi merangkumi metafizik,muzik,astronomi,ilmu bahasa,syair,prosa dan agama.
#Sumbangan Ibn Sina dalam perkembangan falsafah juga tidak boleh dinafikan.Buku karangan beliau yang berjudul Al-Najah banyak membincangkan tentang persoalan falsafah.Beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.Bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi juga unggul dalam bidang falsafah bahkan mengatasi gurunya sendiri,Abu Al-Nasr Al-Farabi.
patung Ibn Sina di Dushanbe,Tajikistan
BIODATA PENDEK IBN SINA
Nama : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina
Gelaran : Bapa sejarah sains
Lahir : sekitar 980 Masihi atau 370 Hijrah
Wafat : 1037 Masihi atau 428 Hijrah
Mazhab : Ismaili
Etnik : Tajik
Rantau : Parsi
Bidang : perubatan,astronomi,etika,logik,matematik,metafizik,falsafah,fizik,sains dan teologi
Kitab : Al-Qanun Fil Tibb,Kitabus As-Syifa', An-Najah
Pengaruh : Omar Khayyam,Ibn Rushd,Thomas Aquinas,Albertus Magnus
Diilhami : Aristotle,Al-Farabi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan