Isnin, 23 Januari 2012

Bisa disengat

Sekiranya disengat sesuatu yang berbisa ambil 3 sudu besar serbuk kopi letakkan ke dalam mangkuk kemudian tuangkan air yang sedang mendidih ke dalamnya lalu diwapkan pada bahagian yang terkena sengat.InsyaAllah dalam beberapa saat akan hilang rasa sakit.

disengat lebah
segera ambil bunga melati dan ramas lalu gosokkan pada bahagian yang disengat

menghilangkan bisa kala jengking
Ambil lada yang telah ditumbuk halus campurkan dengan minyak kelapa dan tampalkan pada tempat yang disengat kemudian balutkan.Selepas 15 minit akan hilang bisanya.

disengat lebah atau tebuan
asahkan mata pisau menggunakan air pada batu asah,ambil sisa air asah dan sapukan pada bahagian disengat.

terkena bisa ulat gatal
Sapukan segera minyak tanah pada bahagian tersebut

menghilangkan bisa sengat lipan
Tumbuk biji asam jawa sehingga halus ,letakkan sedikit air kemudian tampalkan pada bahagian sakit.

terkena sengat kala jengking ataupun sebagainya
Campurkan air dengan sedikit garam,rendamkan bahagian yang disengat kemudian bacalah;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Nas

anaemia



tanda-tanda penghidap penyakit ini:
1. Badan menjadi sangat lemah
2. Pucat dan pening kepala
3. Selalu mengantuk
4.Mudah terkena sakit
5. Badan terlalu kurus


CARA MERAWATNYA:
(1) Ambil 3 kerat lempoyang dibasuh lalu diparut atau ditumbuk sehingga                                 halus (jgn kupas kulitnya kerana ia banyak mengandungi hormon )lalu direbus dengan air sebanyak 3 gelas dan campurkan dengan gula Jawa biar mendidih sehingga tinggal 1 gelas.Setelah dingin minumlah sebaik-baiknya sebelum tidur.Buatlah beberapa kali,InsyaAllah dalm 3 bulan anda akan sembuh.


ATAU

(2)Ambil daun bayam,ramas sehingga lembik.perah dan ambil airnya lalu dicampurkan dengan sebiji telur goncangkan sehingga rata.Kemudian masukkan sedikit madu asli ke dalam nya,kacau dan minum.Lakukan 1 kali sehari.


 daun bayam
daun lempoyang

Sabtu, 21 Januari 2012

3 langkah kulit cantik!

LANGKAH 1 : Basahkan wajah dengan air yang sedikit hangat supaya  liang pori-pori lebih terbuka.Letakkan pembersih wajah di telapak tangan kemudian bilas sehingga berbuih dan barulah diusap pada wajah dengan lembut menggunakan hujung jari bermula dari dahi,hidung,pipi dagu hinggalah leher.Usap dengan gerakan memutar.
Perlu diingatkan jangan membilas terus wajah sebaliknya biar beberapa minit supaya pembersih muka tersebut dapat meresap ke dalam kulit.
Akhir sekali basuh wajah menggunakan air sejuk menggunakan air sejuk agar liang pori-pori tertutup dan mampu melancarkan peredaran darah.Bilas hingga bersih.

LANGKAH 2 : Toner ataupun penyegar perlu digunakan setelah mencuci muka terutama bagi yang memiliki kulit berminyak.Toner berfungsi membersihkan sisa-sisa make-up,kekotoran dan minyak yang berkemungkinan masih tertinggal walaupun telah dicuci dengan pembersih muka.Ia juga berfungsi bagi mengecilkan pori dan mencantikkan kulit.

LANGKAH 3 : Usap wajah menggunakan krim pelembap yang berasaskan air agar wajah sentiasa terjaga dan tidak kering.Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit.

Jumaat, 20 Januari 2012

sihat dengan rempah ratus



KAYU MANIS 
kelebihan:ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos danmencegah daripada kandungan gula berlebihan di dalam darah.
penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi ,teh,sup,atau bijiran.Ambil satu sudu setiap hari.
bonus : Elak kesejukkan : pengambilan kayu manis dalam pemakananboleh melancarkan peredaran darah dan mengurangkan masalah suhu rendah dalam bacaan.

JINTAN
Kelebihan : kajian di Jerman mendapati bahawa minyak dari jintan mengandungi carminative (gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut.
penyediaan : Masukkan satu sudu serbuk jintan kedalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan(dypepsia),campurkan jintan dengan minyak peppermint dalam penyediaan.
bonus : meredakan batuk-dapat meredakan sakit kerongkong terutamanya batuk.Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit.Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

JINTAN PUTIH
kelebihan : menurut  kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80% bakteria atau fungus di dalam makanan serta mematikan kuman.
penyediaan : Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti atau dalam hidangan Mexico atau India.
bonus : mengelakkan strok - kajian daripada pelajar Universiti of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah,sekaligus telah memberii peluang pada pengamalnya daripada risiko kena strok.

LADA HITAM
kelebihan : pengkaji herba berkata, lada hitam boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Lada hitam juga metabolik
penyediaan : taburkan serbuk lada hitam ke dalam hidangan samada steak,ataupun salad.
bonus : menyerap lebih nutrien - piperine iaitu komponen aktif di dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus.Oleh itu,pengambilan lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat.

CENGKIH 
kelebihan : kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah ratus mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichiacoli Infection (E.Coli) di dalam daging.
penyediaan : Gaul 1 sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan lebih menyihatkan.
bonus : melindungi gigi dan gusi - Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 dan 2 sudu cengkih ke dalam secawan teh pekat dan minum.

SERBUK LADA MERAH
kelebihan : capsaicin  iaitu bahan aktif di dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 25%.
penyediaan : untuk membakar lemak,campur sesudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
bonus : melegakan sakit otot - 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam masa dua bulan.

HALIA 
Kelebihan : gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang.
penyediaan : sediakan satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia.atau 2 sudu halia kering dijadikan sebagai campuran dalam pai,roti atau kek.
bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula di dalam darah.Halia juga berperanan membuang angin yang berkumpul di dalam tubuh.

KUNYIT 
Kelebihan : cucurmin yang didapati di dalam kunyit untuk meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet kaya dengan bahan cucurmin boleh mengurangkan pertumbuhan beta-amyloid  yang menghalang komunikasi antara sel otak.
penyediaan : tingkat daya ingatan dengan mencampurkan 1 sudu kunyit ke dalam sayuran atau sebagai perisa masakan yang sesuai.Cuba dapatka satu sudu sehari.
bonus : kandungan cucurmin yang bersifat antioksida dan anti radang juga bertindak balas melawan dikal bebas yang merosakkan kulit.Mencampurkan 2 sudu kunyit serbuk,1 sudu jus limau, dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

petua diet sihat

1. 36 jumlah kunyahan untuk setiap suapan
Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan kerja sistem pencernaan anda.Ia juga dapat mencegah daripada mengambil jumlah makanan yang banyak.Secara tidak langsung,anda dapat mengurangkan berat badan dan berdiet ringan dengannya.Kekerapan mengunyah ini akan merangsang isyarat rasa kenyang kerana saraf pusat otak membuatkan anda akan terus rasa kekenyangan.

2.  kuruskan badan dengan buah pinang
Buah pinang dihiris nipis dan jemur hingga kering.Tumbuk lumat menjadi serbuk.Rendamkan semalaman setengah sudu teh ke dalam air panas dan minum keesokkan harinya dan petang bersama hampasnya.Selama 2 minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.

3. kurangkan kadar kolestrol dengan lemon
Perah sedikit lemon dan campurkan secamca teh minyak zaitun.Amalkannya dengan minum dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi.Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghalang pembentukkan selulit.

4. serai/halia untuk badan ringan dan bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia yang dititik,kulit kayu manis dan lada hitam.Jika diamalkan meminum air rebusan ini pagi dan malam,badan akan menjadi ringan dan bertenaga.Selain itu,untuk meningkatkan tenaga wanita ,amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

5. kempiskan perut dengan limau nipis
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.Sebatikan lalu sapukan pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan bersalin,Jika tidak mahu bengkung,lumurkan saja atau sapu pada perut,amalkan setiap malam.

6. delima untuk melangsingkan badan
tumbuk lima biji buah delima yang masih muda hingga lumat.Campurkan bahan dengan air suam dan sedikit garam.Kemudian tapis bancuhan hingga mendapat kira-kira satu gelas.Minum campuran ini sekali sehari pada waktu pagi.Lakukan setiap pagi sehingga seminggu.

7. Langsing dengan minyak kelapa
Bruce Fife seorang naturopatik,dalam bukunya 'Eat Look Thini' telah meyakinkan bahawa penggunaan minyak kelapa dapat menyekat nafsu makan,meningkatkan metabolisme dan menurunkan berat badan.Alasannya,minyak kelapa mempunyai rantaian kimia yang lebih pendek berbanding rantaian kimia lemak haiwan dan sayur,sehingga ia mudah diurai.
Menurut Fife,pengambilan minyak kelapa memang akan menghasilkan lemak dan kalori tetapi oleh kerana kadar metabolisme anda meningkat akhirnya kalori yang dihasilkan tadi terbakar.Bukan disimpan sebagai lemak.

Isnin, 16 Januari 2012

Ibnu Sina


#Nama sebenar Ibnu Sina adalah Abu Ali Al-Hassan Ibn Abdallah Ibn Sina@ Avicenna di dunia barat.Beliau merupakan seorang pakar sains di Iran yang hidup sekitar 980-1037 M.Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.
#Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai doktor atau mahaguru ilmu tersebut serta mendapat gelaran Al-Syeikh Al-Rais(Mahaguru pertama).Ibnu Sina terkenal selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain.
#Sumbangan Ibnu Sina sangat besar antaranya penghasilan buku Al-Qanun Fi Al-Tibb tahun 1593 yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu percepts of medicine.Belum sampai 100 tahun,buku tersebut telah diterjemahkan kepada 15 bahasa.Pada abad ke-17,buku-buku tersebut dijadikan rujukan universiti di Itali dan Perancis.
#Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul remedies for the heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan .Beliau telah menulis di dalam buku tersebut tentang 760 jenis penyakit dan cara-cara menyembuhkannya.Kepakaran Ibnu Sina tidak tertumpu kepada perubatanb semata-mata tetapi merangkumi metafizik,muzik,astronomi,ilmu bahasa,syair,prosa dan agama.
#Sumbangan Ibn Sina dalam perkembangan falsafah juga tidak boleh dinafikan.Buku karangan beliau yang berjudul Al-Najah banyak membincangkan tentang persoalan falsafah.Beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.Bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi juga unggul dalam bidang falsafah bahkan mengatasi gurunya sendiri,Abu Al-Nasr Al-Farabi.

patung Ibn Sina di Dushanbe,Tajikistan

BIODATA PENDEK IBN SINA
Nama : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina
Gelaran : Bapa sejarah sains
Lahir : sekitar 980 Masihi atau 370 Hijrah
Wafat : 1037 Masihi atau 428 Hijrah
Mazhab : Ismaili
Etnik : Tajik
Rantau : Parsi
Bidang : perubatan,astronomi,etika,logik,matematik,metafizik,falsafah,fizik,sains dan teologi
Kitab : Al-Qanun Fil Tibb,Kitabus As-Syifa', An-Najah
Pengaruh : Omar Khayyam,Ibn Rushd,Thomas Aquinas,Albertus Magnus
Diilhami : Aristotle,Al-Farabi

segi tiga bermuda


Segi Tiga Muda juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan.Ia terletak di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat malapetaka semulajadi.Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan para-normal ,penggantungan hukum fizik atau aktiviti makhluk asing oleh budaya popular.Sungguhpun ada dokumen-dokumen yang menunjukkan kebanyakkankejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah,kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap  menonjol.Kebanyakan kehilangan kekal tidak dapat dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam telah dilakukan mengenainya.Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku di Segi Tiga Bermuda.Antaranya adalah Flight 19,penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang didapati hilang pada 5 Disember 1945 di atas perairan Lautan Atlantik.Penerbangan ini telah menempuh fenomena luarbiasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal.Punca kemalangan ini masih belum dapat diketahui.

kisah titanic



titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia semasa pelancarannya.Semasa pelayaran pertama Titanic,ia berlanggar dengan ketulan iceberg pada jam 11.40malam(waktu kapal) pada Ahad 4 April 1912.Tenggelam sepenuhnya dalam masa 2 jam 40minit kemudian iaitu pada 2.20 pagi Isnin.Tragedi ini mengakibatkan kematian lebih daripada 1500 orang menjadikan ia satu tragedi laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termasyhur sehingga kini.Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju serta anak kapal yang berpengalaman pada masa itu.Penemuan bangkai kapal ini oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic terkenal pada tahun-tahun berikutnya.Antara penumpang Titanic yang terkenal ialah jutawan John Jacob Astor,pemilik kilang Benjamin Guggenheim,pemilik Macy Isador Strans,jutawan Denver Margaret Molly Brown dan ramai lagi.

antara gambar yang dirakamkan di dasar laut (bangkai titanic)




petua kecantikan wanita dari 5 negara



JEPUN
walaupun terkenal sebagai negara maju namun wanita Jepun  masih mengamalkan penjagaan kecantikan secara tradisional.Kebanyakan wanita Jepun pada masa dahulu menggunakan najis dari burung Bulbul,Rawatan kecantikan ini dipanggil geisha facials iaitu dilakukan seperti masker.

YUNANI
Wanita Yunani menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit.Sari pati dari jeruk boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.Cara-caranya adalah membersihkan wajah dengan menggunakan air hangat yang dicampurkan dengan minyak jeruk atau menggunakan masker yang ditambah dengan jus jeruk.

INGGERIS
Wanita Inggeris percaya hampas teh mampu menghilangkan lingkaran bawah mata.

RUSIA
Wanita Russia menggunakan kopi untuk memiliki kulit yang cantik.Bagi wanita Rusia,kopi mampu menghilangkan bau badan,dan memberi rona kulit yang cerah serta bersinar selain menanggalkan sel kulit mati.

MESIR
Cleopatra tidak meninggalkan kisah cintanya tapi turut meninggalkan rahsia kecantikannya.Cleopatra menggunakan susu dan madu untuk kecantikkan wajahnya.Dia juga kerap mandi dengan garam laut dan lumpur laut mati untuk memiliki kulit yang halus,bersinar dan awet muda.

khasiat coklat


-kaya dengan vitamin A dan E yang sangat penting untuk memperbaiki sel-sel kulit,keremajaan kulit dan ,melancarkan aliran darah,
-kandungan mentega koko iaitu lemak tumbuhan yang disarikan dari biji coklat dikenalpasti dapat melembabkan,mengurangkan parut dan garisan halus serta membantu meningkatkan keanjalan kulit.
-mengandungi theobromine yang mampu membantu meningkatkan emosi dan tenaga.
-serotonine membantu mengurangi stres
-Antioksidan membantu mengurangkan kerosakkan kulit akibat pencemaran udara sekeliling.
-Lemak mentega koko mengandungi ejen menenang dan memulihkan yang digunakan pada zaman Aztec purba sebagai produk penjagaan bibir untuk memulihkan bibir kering.
-Mentega koko juga adalah pelembap semulajadi yang bukan sahajamelembut dan melindungi kulit kering malah melegakan iritasi dan menghapuskan kedutan serta tanda penuaan.
-Tannin dalam serbuk koko mampu mengelakkan daripada pembiakan bakteria yang mengakibatkan kerosakkan gigi.

Ahad, 8 Januari 2012

petua hilangkan bulu ketiak

petua 1: Cabut bulu ketiak keseluruhannya.Kemudian ambil ibu kunyit dan capurkan dengan sedikit kapur sirih dan gosokkan kepada ketiak.Basuh.Amalkan,InsyaAllah bulu ketiak akan hilang.

petua 2: Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus.Gaul rata dengan air perahan limau purut.Sapukan pada ketiak setelah bercukur,setelah diamalkan beberapa kali ia akan berhasil.

petua 3: tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan 3 butir kapur barus.Campurkan dengan sedikit minyak kelapa.Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur.InsyaAllah,lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur sendirinya.

Selasa, 3 Januari 2012

Rahsia warna

Ahli fisiologi dan psikologi menerangkan terdapat empat warna utama iaitu merah,biru,kuning dan hijau.
Merah-melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga,mempercepatkan denyutan nadi,menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan.Warna ini mempengaruhi produktiviti perjuangan,persaingan,dan berahi.
Merah terang-mewakili kekuatan,kemahuan dan cita-cita.Melambangkan sifat aktif,agresif,kemahuan yang kuat,penuh ghirah dan keinginn mendominasi.
Merah jambu-Romantis,feminin,pengemas dan penuh jenaka.
Biru-Ketenangan yang sempurna.Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah,denyut nadi dn pernafasn sekaligus meningkatkan kesihatan diri.
Biru muda-Melambangkan keteguhan.Menunjukkan sifat keras kepala,bangga diri dan berpendirian tetap.
Biru tua-melambangkan perasan yang mendalam.Bersifat perasa,bersikap tenang,bijaksna,tidak mudh tersinggung dan mempunyai kenalan yang ramai.
Kuning-Mewakili sifat kegembiraan,sangat santai dan mempunyai cita-cita yang tinggi.
Kuning terang-Sifat spontan dan toleransi..Suka menonjol,berubah sikap,suka berharap dan dermawan.
Hijau-Melambangkan ada keinginan,ketabahan dan keras hati.Peribadi yang keras dan berkuasa.Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga.Penggemar warna ini adalah pilihan tepat untuk menjadi tempat meminta nasihat.
Kelabu-Samar peribadinya,lebih kepad neutral.
Hitam-Menggambarkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan,kematian,kegelapan,kebinasan dn kerosakkan.
Coklat-Suka berebut,tidak suka bertolak-ansur dan pesimistik terhadap kebahagiaan dan kesempurnaan di masa hadapan.
Ungu-sifat kurang teliti tapi penuh dengan harapan.


tips susu botol untuk anak kucing yang baru lahir

Ada sesetengah ibu kucing tidak menyusukan anaknya oleh kerana faktor-faktor tertentu.Ini mungkin menyebabkan anak kucing itu mati.Oleh itu,perlu mencari inisiatif seperti menyusukan anak kucing tersebut menggunakan botol.Masa yang diperlukan hanyalah 10-20minit beberapa kali sehari.

 Apa yang kita perlukn untuk menyusukan anak kucing hanyalah:
1)Susu untuk anak kucing
2)Botol susu untuk kucing
3)Tuala lembut

 Cara-cara adalah seperti berikut:
1)Rendamkn botol susu kucing kedalam air panas selama beberapa minit kemudian sejukkan.
2)Masukkan susu yang dikhaskan untuk kucing mengikut sukatan yang betul dan tuangkan air suam.
3)Ambil tuala dan bungkuskan anak kucing seperti bayi,dan susukan secara perlahan-lahan.Jangan dongakkan kepla kucing ketika menyusu kerana dikhuatiri susu akan mengalir masuk kedalam peparu kucing dan boleh menyebabkan kematian.